Tuesday, October 25, 2011

ANDAI


Andai sampainy waktu...
Aku harus tinggalkn mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahan ku
Kerana yg berlaku......Kehendakmu.....
Hanya Tuhan yg lebih tahu
Susah senang hidup dgn mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkn ku...
Airmata bertamu tidak kenal erti jemu..
Menemani hatiku..tak mengira ruang waktu...
Mengapa dari dulu tak kau katakn padaku
Kehadiranku ini menyusahkn.....
Yg terhalang kejujuran ku
Yg terbilang kesilapan ku....
Memang payah dimengertikn kerana tertutup pintu hatimu....
Terima penjelasan..........................
Biar apa jua tafsiran yg ingin kau nyatakn
Ku rela terima semua.....

Sunday, October 23, 2011

CINTA DALAM DIAM


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Saturday, October 22, 2011

kecantikan seorang lelaki dan kegagahan seorang wanita ^ _ ^


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki
.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

mase yang berharga bersama keluarga


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang... berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Saturday, August 20, 2011

jika aku jatuh cinta

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, 
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, 
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada Mu,
agar tidak terjatuh aku kedalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, 
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hati Mu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, 
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui Ysyahid di jalan Mu.


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih Mu, 
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, 
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu.









KU TEPIS RINDU YANG BERTANDANG


kehidupan sebagai remaja takkan lari dari jatuh cinta..
jatuh cinta pada seseorang yang membuatkan kita kadang2 merinduinya..
sungguh, manusia tak lari daripada perasaan ingin mencintai dan dicintai..

wahai sahabatku sekalian..
kadang2 kita perlu 'pause' berhenti seketika diri kita untuk merindui seseorang yang bukan halal bagi kita.. dan letakkan rindu itu di tempat yang betul.. rindu pada yang telah menghidupkan kita sebagai manusia, dan akhirnya menjadi hamba yang selayaknya digelar hamba ilahi..

seringkali kita dengar,
cinta dan rindu terhadap seseorang itu fitrah, namun cara kita meluahkannya itu yang menjadikannya halal atau haram..
kadangkala kita dapat rasakan, yang kita tak mampu untuk menghilangkan perasaan cinta dan rindu itu dari hati kita, tapi percayalah, rindu dan cinta itu yang akan menghadirkan rasa ingin mendekatiNya,, 
jika Allah menghadirkan perasaan ingin melupakan rindu dan cinta pada yang bukan halal pada diri kita , tandanya Allah memberi peluang pada hambaNya untuk kembali merinduiNya dan mencintaiNya..

tidak salah untuk merindui, apatah lagi untuk mencintai..
kerana tanpa cinta dan rindu, kita tak layak untuk digelar manusia..

sahabatku
moga kau tabah untuk menepis rindu itu..
aku memahami kerana aku juga sedang
merindui dan mencintai.....
tapi ku tepis rindu ini...

Bila ada keindahan, 

Yang mewujud utuh..

Dalam seluruh dimensi..

Dan menyentuh utuh..

Sepenuh rasa di jiwa,

Itulah detik ijab qabul..

Selamanya..

Indahnya nyata..

insyaAllah ~ ^_^v

‎~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
 •.♥• Bawalah dia ke jalan Allah

•.♥• Nasihatilah dia

•.♥• Perbetulkan kesilapannya

•.♥• Jagalah dia dgn baik

•.♥• Kasihanilah dia

•.♥• Lindungilah dia

•.♥• Berilah kasih syg padanya

•.♥• Hargailah dia

•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya

•.♥• Bersabar dengannya

•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya

•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿